Friday 19 April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, penghulu sekalian manusia, pembawa rahmat ke seluruh alam. Salam perkenalan daripada saya, Mohamad Izzat bin Ishak, guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Mesti kalian tertanya mengapa saya memilih nama Pendeta Za'aba Junior? Adakah kerana susur galur saya bertemu dengan Pendeta Za'aba?:). Jawapannya tidak. Saya memilih beliau kerana saya sangat mengagumi beliau sebagai seorang ilmuan nusantara. Betapa banyak sumbangan beliau yang digunapakai sehingga sekarang. Siapa Za'aba?